Ning, 42 berkata, Tudung Periuk yang terletak di Plaza Damas, Hartamas mula beroperasi sejak empat minggu lalu juga merupakan mini galeri menempatkan gambar peribadi dan kenangan sepanjang 25 tahun bergelar anak seni.

“Sebenarnya saya meneruskan legasi arwah ayah yang sebelum ini membuka restoran di Shah Alam. Namun, restoran itu sudah ditutup kerana kesukaran menjadi pengurus restoran itu ketika kesihatan ayah mula merosot.

“Tudung Periuk menyajikan masakan Melayu yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Malah, tidak hanya rakyat tempatan yang datang menjamu selera, namun ramai pelancong dan warganegara luar turut mencuba hidangan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang mendapat gelaran ‘Diva R & B dan Soul’ ini juga bakal tampil dengan single baharu Tenang yang merupakan pertaruhan pertama menerusi album baharunya.

“Insya-Allah, album itu akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti dan akan disusuli dengan siri konsert jelajah di beberapa lokasi termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.