Diva Malaysia Live, Queen Of The City

Ning Baizura bakal bergandingan dengan Ziana Zain dan Noryn Aziz dalam dua persembahan, masing-masing di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur (9 April) dan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru pada 25 April. Gabungan tiga pemilik vokal tersendiri yang julung-julung kalinya disatukan itu dijangka mencatat detik terindah buat para peminat yang mahu melihat mereka beraksi depan mata. Memeriahkan acara, persembahan tiga tersebut akan menampilkan kemunculan istimewa daripada Ifa Raziah, Sharifah Shahira dan Roslan Shah sebagai pengacara. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Ziana Zain yang ditemui semasa sidang akhbar Diva Malaysia Live, Queen Of The City di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur baru-baru ini.

original article