www.ning-baizura.com

Tag: Olay Regenerist

Kulit kembali remaja tanpa bedah

by oya on Oct.15, 2010, under News

Gambar Ihsan www.halimisaidi.com

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
2010/10/13

SEBELUM ini, rawatan pemulihan yang digunakan dalam produk kecantikan banyak memberi tumpuan terhadap permasalahan kulit, bukan bertindak menanganinya di peringkat akar umbi. Tapi kini, ia makin diperbaharui dengan teknologi terkini menerusi produk yang bertindak jauh ke dalam lapisan bersel.

Ia bertujuan membantu wanita mencapai transformasi dramatik dikehendaki tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan atau suntikan pemutihan yang menyakitkan dan menggerunkan. Pakar Kulit Olay, David Khoo, berkata keberkesanan perawatan berkenaan dapat dilihat secara mata kasar melalui teori pembinaan domino bagi menerangkan dengan lebih mudah cara ia menyebarkan kesan pemulihan pada sel yang dirawat.

Menurutnya, perawatan sel itu penting bagi memastikan kulit wajah kekal lembap berseri bermula dari dalam bukan hanya merawatnya pada permukaan.

“Dengan keadaan persekitaran kini, kulit wajah amat mudah terdedah dengan pencemaran dan jika ia tidak mendapat perlindungan sewajarnya kulit wajah akan cepat kering dan kehilangan kelembapannya.

“Penting untuk menjaga kelembapan kulit wajah bermula di peringkat sel supaya kesannya bertahan lebih lama dan kelembapan semula jadi dapat dipertahankan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi rangkaian produk Olay Regenerist terbaru, ia dicipta untuk membawa wanita selangkah lebih dekat kepada keremajaan kulit berkekalan tanpa sebarang pembedahan. Serum Olay Regenerist Micro-Sculpting dan krim Olay Regenerist Superstructure baru diperkaya dengan amino peptid kompleks, yang menggabungkan bahan antipenuaan seperti Pal-KTTKS, carnosine, pro-vitamin B5, niacinamide dan antioksidan bagi menjana kulit di peringkat selular. Kandungan Serum Olay Regenerist Micro-Sculpting baru ini juga mengandungi lebih 66 peratus kandungan amino peptid, iaitu jumlah paling tinggi dalam rangkaian Regenerist setakat ini. Krim Olay Regenerist Superstructure pula dapat membantu melindungi kulit dan mengekalkan integriti struktur kolagen menerusi perlindungan lebih berkesan daripada sinaran matahari.

Teras utama rangkaian produk White Radiance ialah penggunaan CelLucent Complex Olay, yang diperbaharui dengan bahan inovatif Sepiwhite. Dengan menghalang pengeluaran melanin pada peringkat awal, Sepiwhite membantu menyekat peringkat seterusnya daripada berlaku dan mengurangkan pengeluaran melanin bagi memberikan kesan lebih cerah pada kulit wajah.

Ini bermakna ia bertindak pada peringkat akar proses sintesis melanin pada lapisan sel, yang mana sebelum ini rawatan kosmetik lain seperti proses pengelupasan kulit secara kimia tidak mampu untuk melakukannya. Berbekalkan hasil kajian ini, Olay mencipta White Radiance CelLucent White Essence, iaitu esen berkrim hasil rumusan tekstur halus bagi membolehkan kulit menyerap lembapan dengan pantas. Malah, menurut Khoo, formulasi terbaru ini hasil gabungan idea pakar Olay selama setahun melalui kajian yang dilakukan di Pusat Kajian Teknologi Sel Asia (ACRC) Olay.

“Pusat ini bertujuan mengumpulkan dan mengenalpasti teknologi selular paling berkesan ke atas kulit orang Asia, bagi mendapatkan hasil transformasi kulit lebih baik terhadap pencerahan dan antipenuaan,” katanya.

Jenama kecantikan terkenal itu melancarkan rangkaian keluaran produk terbarunya, iaitu Olay Regenerist dan White Radiance yang turut dihadiri duta produk berkenaan iaitu penyanyi terkemuka Ning Baizura dan Belinda Chee.

Gambar Ihsan www.halimisaidi.com

Menurut Ning Baizura, penggunaan Olay Regenerist amat bersesuaian dengan wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an seperti dirinya kerana ia dapat membantu mengurangkan garis halus bawah mata serta kedutan.

Regim penjagaan kecantikan kulit wajah yang diamalkannya tidak banyak berbeza tapi paling penting untuk membersihkan wajah daripada sebarang kotoran dan mengenakan pelembap bersesuaian.

“Bagi saya Olay Regenerist memenuhi semua kebaikan dan manfaat yang diperlukan kulit untuk tampil segar dan menarik sepanjang masa.

“Malah melalui penggunaannya, kita tidak lagi perlu memilih untuk melakukan pembedahan yang menyakitkan semata-mata untuk kekal cantik kerana ia boleh dilakukan secara semula jadi,” katanya.

Belinda turut merasai keberkesanan melalui penggunaan rangkaian produk White Radiance yang memberikan kelembapan dan pencerahan sekata tanpa perlu melakukan rawatan menggunakan suntikan semata-mata untuk tampil cerah berseri.

“Saya hanya perlu memastikan langkah penjagaan kulit yang sepatutnya dilakukan dengan betul setiap malam dan mengkhususkan masa sepatutnya agar kulit wajah mampu untuk berehat selepas seharian ‘bekerja’.

“Ia penting untuk memastikan kelembapan kulit terpelihara serta kecerahan kulit berada di tahap optimum untuk tampil yakin dan memberangsangkan,” katanya.

original article

Comments Off :, more...

Ning Jadi Duta Olay Regenerist Pula

by oya on Aug.18, 2009, under News

Ning Jadi Duta Olay Regenerist Pula

Teks & foto oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2009: Selepas produk kesihatan wanita, Instead Softcup, diikuti pula mesin urut Osim, penyanyi terkenal Ning Baizura Hamzah, terus laris menjadi duta produk apabila dilantik menjadi jurucakap barangan kecantikan wajah, Olay Regenerist.

Telah menandatangani kontrak bersama jenama kecantikan yang dipercayai ramai wanita Asia itu sejak Mei lalu, Ning akan memegang gelaran duta produk Olay Regenerist iaitu produk penjagaan kulit anti penuaan untuk tempoh setahun.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika ditemui pada pelancaran produk itu kelamrin, Ning berkata dia telahpun menjalani penggambaran 2 iklan bagi produk berkenaan di Bangkok Thailand yang akan disiarkan Ogos nanti.

“Pemilihan Ning sebagai duta Olay adalah cukup mengejutkan Ning sendiri. Jarang ada produk kecantikan yang mahu memilih wanita berkulit sawo matang seperti Ning untuk dijadikan duta.

“Tapi saya percaya, biarpun kulit kita gelap, kita tetap kena menjaganya supaya halus dan licin. Mungkin atas sebab itu Olay berbesar hati memilih Ning sebagai duta mereka.

“Bagaimanapun jangan salah anggap, Olay Regenerist bukanlah produk pencerahan atau pemutihan kulit sebaliknya mengandungi amino peptides yang dapat mengurangkan kesan penuaan dan membuang sel mati pada wajah setiap pemakai,” katanya.

Ning berkata, dia telah memakai produk Olay yang lain sejak dulu lagi seperti mana ibunya, Satilah Abdullah dan tidak menyangka sekarang dia pula dilantik menjadi duta. Ning tidak menafikan pihak Olay pernah melamarnya sebanyak 3 kali, bagaimanapun terpaksa ditolak kerana dia lebih menghargai produk berasaskan bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Namun untuk kali ini, Ning tidak dapat menolak lagi kerana Olay Regenerist memang melengkapi kriteria yang diiinginya dalam sebuah produk kecantikan yang menyihatkan.

“Produk ini memang sesuai untuk mereka yang berusia 25 tahun ke atas. Ning telah menggunakannya selama 6 bulan, iaitu sebelum Ning menandatangani kontrak bersama mereka. Dalam tempoh itu kedutan di wajah Ning makin berkurangan.

“Malah boleh saya katakana, produk ini bagus bagi mereka yang selalu memakai mekap seperti Ning,” katanya.

Dari sudut lain, Ning memandang kemunculannya sebagai duta bagi produk berkenaan adalah pencapaian terbaik peribadinya selepas bergerak secara solo.

“Selepas bergerak solo, kerjaya seni Ning lebih banyak dibantu oleh suami dan ibu Ning. Malah Ning gembira kerana keputusan saya untuk bergerak secara solo mendapat sokongan daripada 2 diva kebanggaan Ning iaitu Datuk Sheila Majid dan Anita Sarawak,” katanya yang akan membuat persembahan pada final Anak Wayang di PICC, malam esok, Jumaat.

Perihal anak dan album baru.

Dalam kesibukannya mengekalkan jenama Ning Baizura agar sentiasa berada dalam keadaan selesa, isteri kepada Omar Sharif Christopher Layton Dalton ini tidak terkecuali daripada ditanyakan perihal cahaya mata sejak berumahtangga Januari 2008.

Bagaimanapun kata Ning, komitmen yang terlalu besar terhadap kerjaya terutama 3 produk yang dipikulnya pada waktu sekarang membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Siapa tidak mahu anak. Mungkin dari sudut mental Ning telah bersedia, tapi dari segi fizikalnya, Ning kena buat persiapan secukupnya. Syarikat Ning iaitu HappeNings (M) Sdn Bhd masih terlalu baru dan memerlukan perhatian yang lebih pada waktu ini.

“Apatah lagi baru dilantik menjadi duta beberapa produk, komitmen dengan pihak terbabit kena diselesaikan dulu,” kata Ning yang akui masih lagi berada dalam sesi bulan madu dengan Omar dan mereka banyak menjalankan aktiviti lasak bersama di luar ibu negara.

Dalam pada itu, Ning akan muncul dengan album terbaru tidak lama lagi.

“Mungkin tajuknya nanti Revolusi Ning. Setakat ini saya sudah ada 5 buah lagu daripada komposer Audi Mok. Ning suka bekerja dengan Audi Mok kerana sebagai komposer dia berjaya mengekalkan konsep sesebuah lagu dan album dengan baik. Lihat 2 lagu yang pernah dibuat oleh Audi iaitu Drama dan Bebaskan. Ning cukup berpuas hati,” katanya yang akan terbang ke United Kingdom (U.K) Sabtu ini untuk melawat keluarga Omar dan anak mereka.

original article

Comments Off :, , more...

Tak sedia punya zuriat

by oya on Aug.02, 2009, under News

Ning Baizura

NAMA yang bukan asing dalam industri, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 34, sudah begitu sinonim sebagai penyanyi pop dan R&B yang mempunyai kelas tersendiri. Dikenali sebagai penyanyi yang energetik dan berfikiran terbuka, Ning bahagia melayari kehidupan berumah tangga bersama suaminya, Omar Shariff tanpa sebarang kontroversi sejak satu setengah tahun lalu.

Mengaku mengambil masa empat bulan memperkemaskan kerjayanya selepas kehilangan pengurus, masa enam bulan pula diambil untuk menstabilkan keadaan.

“Alhamdulillah, kini saya boleh menguruskan kerjaya sendiri.

“Kalau Kak Anita Sarawak boleh jadi ibu rumah tangga sekali gus menguruskan kerjaya dengan baik tanpa bantuan pengurus, saya juga begitu” katanya yang sedang mengumpul material baru untuk album yang kata Ning akan menampilkan sejarah dan revolusi muziknya dengan bantuan Aidit Alfian dan Audi Mok selaku penerbit.

Lebih membahagiakan Ning, apabila rezeki datang mencurah. Baru saja diumumkan sebagai duta produk kecantikan Olay, wanita kelahiran Kajang ini turut menjadi duta produk Osim.

“Semuanya sudah diatur Tuhan,” ujar Ning yang pulang ke kampung halaman suaminya di United Kingdom untuk bertemu keluarga dan anak-anaknya sejak semalam hingga 17 Ogos ini sebelum pulang menyambut Ramadan di Malaysia.

orignal article

Comments Off :, , more...

Ning Seronok Urus Diri Sendiri

by oya on Jul.30, 2009, under News

Ning seronok urus diri sendiri.

by Miss Ayu | 30 Jul 2009

Itu pengakuan Ning Baizura Hamzah apabila diajukan soalan tentang perjalanan kariernya sekarang ini. Menurut Ning, sekarang ini dia seronok melakukan semua perkara dengan sendiri. Malah, dia juga mengakui mendapat lebih kepuasan setiap kali berjaya mendapat tawaran ataupun persembahan.

“Masa mula-mula menguruskan diri sendiri dahulu saya memang menghadapi sedikit kesukaran kerana terpaksa membina contact semula. Ini kerana sebelum ini saya hanya boleh dihubungi melalui Vernon. Apabila dia tidak bersama saya lagi, banyak pihak yang tidak tahu bagaimana cara untuk menghubungi saya. Tetapi, lama-kelamaan, semua masalah ini dapat saya atasi.”

Kenyataan Ning ini ada benarnya. Semenjak menguruskan diri sendiri, Ning dilihat lebih dekat dengan pihak media. Malah, Ning sendiri akan menjemput pihak media untuk ke majlis-majlis yang melibatkan dirinya. Tidak cukup dengan itu, rezekinya juga dilihat semakin bertambah. Bukan hanya mendapat banyak tawaran mengadakan persembahan, tetapi Ning juga dilantik menjadi jurucakap beberapa produk.

Terbaru, Ning telah pun bergelar jurucakap kepada produk perawatan kulit, Olay Regenerist. Produk rawatan wajah yang bersifat anti-penuaan itu membantu wanita berusia 25 tahun ke atas mengurangkan kedutan pada kulit wajah serta menganjalkan kulit supaya kelihatan lebih muda.

Bercakap kepada pihak media semasa majlis pelancaran media produk ini kelmarin, Ning memberitahu yang dia setuju mewakili Olay Regenerist kerana dia yakin dengan keupayaan krim ini.

“Sebelum memberi persetujuan, saya telah mencuba krim ini terlebih dahulu. Setelah enam bulan mencubanya, saya mendapati garis-garis halus yang terbentuk di wajah saya mula menghilang sedikit demi sedikit, terutamanya di bahagian mata. Selain itu, kulit wajah saya juga terasa lebih lembap dan nampak segar bermaya.

“Perubahan positif ini telah membuka pintu hati saya untuk menerima pelawaan daripada Olay. Paling penting, mereka (Olay) tidak cuba membuat saya kelihatan putih untuk semua kempen pengiklanannya. Mereka mahu saya tampil sebagai diri sendiri,” cerita Ning yang mengikat kontrak selama setahun dengan Olay.

Ning juga sudah selesai menjalani penggambaran iklan Olay Regenerist di Bangkok pada Mac lalu dan iklan ini akan muncul ke kaca televisyen pada Ogos hadapan.

Memandangkan Ning sudah mula menjadi jurucakap kepada produk kecantikan, dia turut ditanya sama ada ingin mempunyai produk kecantikan sendiri. Menurut Ning, kalau boleh dia memang inginkan produk kecantikan sendiri. Tetapi, kesibukan tugas menghalang niatnya itu memandangkan dia akan hadir dengan album terbaru tidak lama lagi.

“Buat masa ini saya perlu fokus pada penerbitan album saya terlebih dahulu. Lagipun, saya sudah ada koleksi pakaian lelaki yang perlu dipasarkan. Ini kerana buat masa ini saya masih tidak mempunyai tempat untuk meletakkan koleksi itu. Kalau boleh saya ingin letakkan di Metrojaya, tetapi masih belum sempat mengusahakannya. Tengoklah macamana nanti. Koleksi yang saya reka sendiri ini mengunakan batik sebagai elemen utama.”

Bercerita tentang album terbarunya pula, Ning menjelaskan album yang berkemungkinan besar dinamakan sebagai ‘Revolusi’ itu akan berkonsepkan R&B dan soul.

“Kali ini saya akan tampil dengan album penuh Melayu yang membawakan irama R&B dan soul. Irama ini memang pilihan saya dari dahulu. Tetapi dahulu saya terpaksa lupakan seketika kerana mengikut cakap pihak lain dalam pembikinan album. Sekarang, semua keputusan di tangan saya dan saya harap album ini boleh memikat hati pendengar.

“Saya mahu album terbaru ini ada cerita yang boleh dikongsi bersama peminat di luar sana. Maklumlah saya sudah hampir 17 tahun dalam bidang ini dan sudah sampai masanya saya memberikan peminat sesuatu yang istimewa. Saya menggunakan Audi Mok sebagai komposer utama untuk album ini memandangkan dia seorang yang betul-betul kenal dengan muzik. Audi menyumbangkan lima buah lagu kesemuanya,” luah Ning lagi.

Ditanya tentang kehamilan pula, ini jawapan yang diberikan oleh Ning”

“Mentally, I’m ready but physically I’m not. Banyak perkara yang perlu saya selesai terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk hamil dan mempunyai anak. Dengan kontrak Olay ini misalnya, saya perlu mengekalkan bentuk badan saya sekarang ini. Semua syarat ini sudah tertulis dalam kontrak yang saya tandatangi. Biarlah semuanya stabil dahulu.”

original article

Related Posts with Thumbnails
Comments Off :, , more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!