www.ning-baizura.com

Ning, suami bersih pantai

by oya on Oct.04, 2010, under News

KATA orang, bersahabat dengan alam akan membawa kebaikan kepada umat manusia sendiri. Ia juga boleh dianggap suatu ibadah sekira­nya niat perbuatan manusia itu baik dan bertujuan memelihara alam ciptaan Tuhan daripada kemusnahan.

Gambar Ihsan www.ning-baizura.com

Dalam hal ini, SS puji dan mahu memberi ucap tahniah kepada penyanyi pop R&B, Ning Baizura dan suami, Omar Sharif yang berganding baru menjalankan aktiviti membersih pantai di perairan Terengganu, minggu lalu.

Di sebalik kesibukan tugas seni, Ning masih sempat menjayakan program alam sekitar anjuran sebuah syarikat terkemuka dalam skop kewangan dan pengedaran produk mewah.

Lebih membanggakan, Ning juga membantu kakitangan syarikat berkenaan menggunakan segala peralatan ‘snorkeling’ dengan cara betul sebelum turun menyelam. Selain itu, usaha mereka turut membabitkan tugasan mengutip dan mengeluarkan sampah-sarap daripada persisiran pantai dan dasar laut.

Ning sememangnya beruntung memiliki kesedaran tinggi terhadap penjagaan alam sekitar. Suaminya, Omar Sharif, memang sudah lama meminati aktiviti skuba sejak dulu lagi dan ia juga sudah berjangkit kepada Ning.

SS tahu ada ramai lagi artis tempatan yang suka selam skuba seperti Hans Isaac, Fauziah Latiff, Erra Fazira, Ijam Medicine dan Datin Paduka Umie Aida.

SS difahamkan, ia bukan kali pertama Ning menjayakan program membersihkan pantai di pusat pelancongan. Menyedari kepentingan menjaga salah satu khazanah negara, SS harap lebih ramai artis mengikut langkah Ning itu membantu meningkatkan kesedaran kita agar memelihara alam sekitar termasuk ekologi marin.

Terbukti walaupun hidup glamor di darat, pernah menang anugerah nyanyian dan sibuk berlakon filem, Ning tetap tidak melupakan tanggungjawab di laut untuk kebaikan generasi masa depan.

Wajarlah usaha Ning itu menjadi contoh kepada orang ramai. Bagi yang tak mampu menyelam skuba, mereka masih boleh membantu usaha berkenaan dengan cara yang termampu. Kalau pergi berkelah di pantai, janganlah suka membuang plastik dan bahan buangan lain ke dalam laut.

Ia boleh merosakkan batu karang, selain menyebab­kan kehidupan marin juga terancam.

Selain itu, SS nak pesan kalau pergi berkelah di pantai mahupun air terjun, janganlah buang sampah sesuka hati kerana ia boleh menggalakkan kedatangan tikus yang kita tahu virus air kencingnya sangat berbahaya yakni boleh membawa maut!

original article

Related Posts with Thumbnails
:,

Comments are closed.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!