www.ning-baizura.com

Tanggungjawab didik suami, anak

by oya on Mar.09, 2017, under News

Ning tidak malu bercerita dia juga belajar mengaji semula.

Video anak Ning Baizura iaitu Ryan Sky Dalton, 4, membaca surah al-Fatihah yang dimuat naik di laman Instagram milik penyanyi itu menarik perhatian pengguna laman sosial.

Malah majoriti pengikut penyanyi itu memberi maklum balas positif dan memuji caranya mendidik anak.

Mengulas perkara itu, Ning berkata bukan niatnya mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya hanya memenuhi permintaan seorang peminat.

“Selepas saya berkongsi gambar kelas mengaji kami sekeluarga, seorang peminat mencadangkan saya memuat naik video Ryan.

“Pada mulanya bimbang juga andai dituduh sengaja mahu menunjuk. Namun, apabila diyakinkan ia perkongsian yang baik, saya pun muat naik video ini.

original article

:,

Comments are closed.