www.ning-baizura.com

Ning Baizura tak malu sertai Duo Star

by oya on Mar.09, 2017, under News

Oleh Feride Hikmet Atak
feride.hikmet@bh.com.my

PENYANYI, Ning Baizura. - Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Penyanyi Awan Yang Terpilu, Ning Baizura, 41, tidak malu menyertai program realiti terbaharu terbitan Astro, Duo Star demi mencari kelainan dalam karier.

Ning atau nama penuhnya, Ning Baizura Sheikh Hamzah memberitahu, dia tidak malu beradu bakat dengan penyanyi muda biarpun namanya sudah berada pada kelas tersendiri.

“Sepanjang 23 tahun bergelar anak seni, inilah kali pertama saya menyertai program seperti ini.

“Saya ingin mencari kelainan dan mengumpul peminat daripada kelompok generasi baharu,” katanya kepada BH Online.

Muncul mempromosikan program Duo Star di pentas akhir musim ketiga Gegar Vaganza (GV3), bersama Syamel malam tadi, ramai peminat teruja melihat penampilan Ning sekarang.

Namun, Ning mengaku, selepas melahirkan anak sulung, Ryan Sky Dalton yang sudah berusia dua tahun, suaranya berubah.

Bagaimanapun, kata Ning, dia ada cara tersendiri dalam mempersembahkan nyanyian mengikut julat vokal sekarang.

“Dalam konsert nanti, saya akan membuat sedikit kelainan. Biasalah selepas bersalin, suara tidak seperti dulu,” katanya.

Duo Star disertai lapan pasangan artis iaitu Syamel dan Ernie Zakri; Asfan/Aweera; Awi Rafael/Kaka Azraff; Ila Damiaa/Yasin dan Haiza/Aepul Drama Band.

Program yang mula disiarkan pada 25 Disember depan juga disertai Ronnie Hussein dan Sarah Fazny; Harris Baba/Ning Baizura dan Firman/Ayai.

Konsert mingguan akan disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam melalui saluran Astro Ria (104) dab Ria HD (123).

original article

:

Comments are closed.