www.ning-baizura.com

Berpuasa di UK

by oya on Aug.01, 2011, under News

Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI
haswendy@hmetro.com.my

SABAN tahun, ada insan yang menyambut Ramadan dengan gaya tersendiri. Sama ada bertadarus di sepanjang bulan nan mulia, bersedekah setara termampu malah mengambil kesempatan bersama insan-insan tersayang dek kesibukan pada bulan biasa.

Bagi Ning Baizura Sheikh Hamzah, hanya peluang di kala Ramadan ini saja yang memberi ruang untuknya bersama suami tercinta menemui anak kesayangan.

Dek ruang masa yang sentiasa cemburu, dia sedar mulut orang tidak bisa ditutup. Perkahwinan yang diikat penuh kecintaan bersama Omar Sharif Christopher Layton Dalton tanggal 2 Februari tiga tahun lalu turut membuka ruang peribadi Ning untuk mengenali budaya asing dan melangkah ke satu fasa baru dalam kehidupan. Meniti kehidupan sebagai isteri, ibu dan anak seni.

Apatah lagi, suaminya memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu. Biarpun rezeki memiliki anak sendiri masih belum tiba, dia bersyukur kerana tetap dikurnia dua anak tiri yang menyediakan ruang mencurah kasih dan sayang.

“Saya tidak nafikan ada yang memandang serong kenapa setiap kali hampir tibanya bulan puasa, saya tiada di Malaysia.

“Sebenarnya, setiap tahun pada Jun, Julai dan Ogos musim panas di sana dan itu saja waktu yang ada untuk kami bersama anak. September pula mereka akan kembali bersekolah.

“Anak Omar – Siban dan Aife masing-masing baru berumur 8 dan 7 tahun. Walaupun menetap bersama ibu, datuk dan nenek di Ireland pada ketika ini, mereka ini masih kecil dan perlukan bapa mereka,” jelas Ning tenang.

Sejak berkahwin, Ning dan suami merancang untuk bertemu mereka setiap tiga tahun sekali. Tapi dek naluri keibuan dan isteri yang faham kehendak suami, jangka masa itu terlalu lama untuk dipraktikkan.

Tidak mungkin sebagai manusia yang punya hati dan perasaan mengenepikan soal kekeluargaan demi tuntutan peribadi semata-mata.

Ning sendiri akui dia sering dihambat kerinduan untuk bertemu mereka. Walaupun bukan daripada darah daging sendiri, hubungan baik yang terjalin sejak mula-mula mengenali mereka menebalkan kerinduan yang dibina.

“Biarlah apa orang nak kata. Yang penting saya tahu apa yang saya lakukan dan pasti­nya untuk kepentingan keluarga kami sendiri.

“Kebetulan Disember ini saya akan jayakan konsert selepas kali terakhir hampir 17 tahun lalu, saya turut mengambil peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman di negara orang,” katanya yang terbang ke Amerika Syarikat (AS) pertengahan Julai lalu.

Di sana, Ning bersama suami mengambil ruang masa selama dua minggu menghadiri konsert artis ternama seperti Celine Dion yang kini gah di Caesar’s Palace, Las Vegas. Selain di situ, dia turut ke Los Angeles untuk tujuan sama.

Walaupun bukan untuk bergandingan bersama penyanyi antarabangsa itu, tapi gaya dan semangat profesionalisme penyanyi legenda itu menjadi contoh terbaik untuk persediaan konsertnya pada 2 dan 3 Disember di KL Live Center kelak.

Konsert yang pastinya dinanti-nantikan ini sudahpun siap hampir 70 peratus namun masih membuka ruang kepada penaja untuk turut serta. Apa yang pasti, konsert ini akan mengembalikan nostalgia peminat bersama Ning yang membesar bersama lagu hit nyanyiannya sepanjang zaman.

Ditanya mengapa hingga ke negara orang mencari ilmu persembahan walhal bukankah molek berguru di negara sendiri. Apatah lagi kita sudahpun mempunyai barisan artis tersohor yang sudahpun berjaya di atas pentas persembahan.

Jawabnya mudah, jauh perjalanan luas pemandangan. Sesekali sebagai anak seni dia perlu membuka minda bagi meningkatkan teknik persembahan.

Selepas itu, dia dan suami berada di United Kingdom (UK) pula untuk berjumpa dengan kedutaan Malaysia serta berbincang mengenai perancangan mengadakan acara kebajikan bersama pelajar-pelajar kita di sana.

“Setibanya di London, saya berjumpa dengan Datuk Jimmy Choo yang sudah menyatakan kesediaan untuk membantu usaha saya ini. Inilah masanya merebut peluang yang ada untuk membina hubungan kerjasama. Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan turut bertemu dengan ejen yang ada di sana,” katanya lagi yang merancang mengadakan acara itu tahun depan.

Pada masa sama, dia turut mengambil peluang berbuka puasa bersama rakan muslim yang menetap di sana.

“Berpuasa di mana-mana pun sama saja. Tidak semestinya di Malaysia. Di UK banyak restoran yang diusahakan masyarakat Islam tempatan dan dari Malaysia sendiri.

“Kelebihan berpuasa di sana mungkin daripada segi suhu yang lebih rendah. Biarpun tempoh waktu berpuasa lebih panjang tapi sekurang-kurangnya ia tidak terlalu memenatkan seperti di negara kita,” jawabnya ceria.

Benar kata pepatah lama, mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia, kadang kala niat yang menentukan. Hampir setiap tingkah laku manusia dihitung atas dasar pandang dan dengar. Ada kala kebenaran ditahkik secara kata-kata namun nawaitu menjadi aras kepada setiap langkah diatur.

Walaupun pernah dihambat kontroversi satu ketika dulu, ia bukan pematah semangat untuk anak Kajang ini kembali bangkit dan terbang melewati awan pilu yang pernah menyelubungi diri.

Terjemahan perasaannya tetap satu yakni pada peminat yang tidak pernah lekang menyokong kerjaya seninya daripada dulu hingga kini. 15 tahun di dalam industri hiburan pastinya satu jangka masa yang cukup mendewasakan Ning.

Peminatlah yang menjadi daya sokongannya selama ini. Kepada peminat jugalah segala kudrat dan kekuatan yang mengisi ruang jati dirinya untuk kekal teguh di persada seni tanah air.

“Saya bersyukur dengan sambutan peminat terhadap album Dewa. Mungkin kerana sudah lama sepi tanpa album menyebabkan sambutan begitu menggalakkan daripada peminat.

“Pada awalnya, ramai juga sangsi dengan peralihan muzik yang saya bawa tapi bila album sudah keluar, segala kesangsian juga hilang. Saya percaya ia kerana konsep berbeza yang masih mengekalkan elemen balada dan pop.

“Biarpun dikategorikan sebagai elektro-pop, ia masih relevan kepada peminat,” katanya yang cukup puas dengan kemunculan album ke-11 hasil titik peluh sendiri.

Apatah lagi hampir setiap satu lagu yang terkandung di dalam album itu banyak menceritakan perasaan dan perjalanan seni­nya selama bergelar penyanyi.

Bercakap soal peminat, dia percaya laman sosial banyak membantu mendekatkan dirinya dengan peminat. Katanya, peminat zaman sekarang mempunyai ruang mudah untuk berinteraksi dengan artis kesayangan.

Malah dia sendiri akui, dalam usaha untuk melakukan sesuatu berkaitan seni adalah satu kemestian untuk dirinya sebagai artis untuk kekal berhubung dengan peminat.

“Sejak bergelar artis ‘independent’, saya rasa lebih dekat dengan peminat tanpa perlu ada sempadan. Contohnya, jika ada kesempatan, saya akan muat naik sendiri sebarang rakaman atau gambar ke laman sosial saya dan peminat boleh berhubung terus.

“Saya sendiri cuba sedaya upaya untuk kekal berinteraksi dengan mereka walau di manapun berada. Oleh kerana peminat lebih berinteraktif, saya sedang berjinak-jinak dalam dunia ‘blogging’,” katanya yang baru memuat naik tiga entri dalam laman sesawang­nya di www.ning.baizura.com.

Untuk itu, dia sedar perlu berusaha lebih keras untuk mencari ruang masa supaya segala pengorbanan peminat dapat dibalas sedaya mampu. Benarlah pepatah hiburan yang masih utuh dipegang kebanyakan artis terkenal tanah air ‘tanpa peminat siapalah mereka’.

Sebagai membalas jasa peminat jugalah dia sanggup ke hulu ke hilir mencari pengalaman dan ilmu untuk memantapkan persembahan pada konsertnya nanti.

Selayaknya, Ning menjadi artis contoh terbaik buat pendatang baru kerana berjaya mengharungi segala sepak terajang dalam industri hiburan tanah air.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

original article

:

Comments are closed.