www.ning-baizura.com

News

Tanggungjawab didik suami, anak

by oya on Mar.09, 2017, under News

Ning tidak malu bercerita dia juga belajar mengaji semula.

Video anak Ning Baizura iaitu Ryan Sky Dalton, 4, membaca surah al-Fatihah yang dimuat naik di laman Instagram milik penyanyi itu menarik perhatian pengguna laman sosial.

Malah majoriti pengikut penyanyi itu memberi maklum balas positif dan memuji caranya mendidik anak.

Mengulas perkara itu, Ning berkata bukan niatnya mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya hanya memenuhi permintaan seorang peminat.

“Selepas saya berkongsi gambar kelas mengaji kami sekeluarga, seorang peminat mencadangkan saya memuat naik video Ryan.

“Pada mulanya bimbang juga andai dituduh sengaja mahu menunjuk. Namun, apabila diyakinkan ia perkongsian yang baik, saya pun muat naik video ini.

original article

Comments Off :, more...

Duo Star: Ning Baizura, Harris Baba Saling Membantu

by oya on Mar.09, 2017, under News


Penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura dan bintang baharu, Harris Baba mengakui saling membantu untuk memastikan gandingan mereka sempurna di pentas Duo Star.

Ning Baizura ketika ditemui Astro Gempak berkata, walaupun Harris seorang pendatang baru tetapi dia yakin dengan bakat dimiliki dan potensi penyanyi muda itu dalam bidang nyanyian pada masa hadapan.

“Sebagai pasangan dalam Duo Star kami kena saling membantu dan saya sebagai penyanyi lebih senior, menjadi tanggungjawab saya untuk membimbingnya dengan pengalaman yang saya ada.

“Harris masih baru dan masih banyak yang perlu diperbaiki tetapi saya jadikan ia sebagai cabaran dan saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan dia.

“”Lagipun dia adalah seorang yang cepat belajar dan sentiasa memberikan pendapat dalam memastikan persembahan kami bertenaga dan segar.

“Vokal kami ada keserasian, sebab itulah saya akan pastikan kami memberi yang terbaik untuk dipersembahkan setiap minggu,” katanya.

Sementara itu, Harris pula berasa teruja apabila diberi kesempatan untuk berduet dengan Ning Baizura di dalam Duo Star.

“Saya akan kutip pengalaman dan belajar daripada Ning. Dia juga tidak pernah lokek berkongsi ilmu kepada saya serta banyak membantu dalam Duo Star,” katanya.

Bagaimanapun pasangan ini tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memenangi Duo Star kerana bagi mereka yang paling penting ialah hasil daripada penyertaan menerusi program itu nanti.

“Adat bertanding siapa tidak mahu menang tetapi pada saya ada perkara lebih besar daripada bergelar juara.

“Fokus yang lebih penting adalah hasil dan perkara perlu kami lakukan selepas program ini tamat nanti,” kata Ning.

Selain Ning dan Harris, Duo Star turut memperlihatkan persaingan daripada tujuh lagi pasangan duet iaitu Syamel & Ernie Zakri, Asfan & Aweera dan Ila Damiaa & Yasin.

Turut bertanding Haiza & Epul Drama Band, Ronnie Hussein & Sarah Fazny, Awi Rafael & Kaka Azraff dan Firman & Ayai.

Duo Star merupakan sebuah program yang memperlihatkan penyanyi profesional berganding dengan pasangan duet untuk membuat persembahan.

Duo Star ditayangkan pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

original article

Comments Off :, more...

Duo Star: The power of two takes centre stage on Astro Ria

by oya on Mar.09, 2017, under News

By Dennis Chua – December 5, 2016

Picture by Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Popular singer Ning Baizura is no stranger to reality shows. One fine example is TV3’s Mentor, in which she finished third with her late protégé Yanie Julkarim, 11 years ago.

This year, the R&B singer will soon return to reality television on Dec 25 at Wisma MBSA in Shah Alam, when she joins as a duo with Harris Baba to compete in Astro Ria’s latest singing competition, Duo Star.

“It’s great to be in shows like this, and I’m looking forward to a heated but friendly musical match throughout its run. My team mate is cool. Harris Baba has a promising voice with a dashing personality,” said Ning at the launch of Duo Star in Ruyi & Lyn Restaurant in Bangsar Shopping Centre here today.

For Aweera Norhisham, 8TV’s One In A Million Season 3 (OIAM3) second runner-up, the singer is just as happy as Ning to be back.

“It has been seven years since OIAM3, and while I’ve been going places, I’ve decided to join Duo Star to strengthen my teamwork. Since I’m one of two all-boy teams, my partner Asfan and I will have to take turns ‘playing the female’ in duets!” said Aweera who is set to release new single, Wanita Cinta Teragung, which he co-wrote with Taja.

As for Sarah Fazny Mahadzir, the protégé of Amy of Search and runner-up of TV3’s Mentor Legend, she is delighted to team up with OIAM Season 2 contestant Ronnie Hussein.

“We hail from Johor Baru and (we both) look up to Amy and that makes us a team of sorts,” she said, adding that she will open for Zamani’s Kembali Terjalin in Gold Coast, Sepang, on Dec 31.

Astro Malay programming head Raqim Ahmad said that Duo Star will see eight teams (comprising junior and senior singers) competing to be the best within eight weeks.

“Duo Star is a first for Astro, a challenge to find the best new duo in the industry. The vocalists are given the freedom to choose their respective partners, based on their compatibility.”

Raqim said marks are awarded to the contestants by the judges, and there will be no Short Messaging Service (SMS) votes.

“Every week, the two teams with the lowest marks will be given a second chance to stay in the race. They will return to the stage a week later to perform a ‘song of fate’ that is picked by the production team, and the team that gets the better score, stays.”

Duo Star, which will be aired on Astro Ria (104) and Ria HD (123) at 9pm on Sundays beginning Dec 25, will have producers and composers Datuk Hattan, Datuk Acis, and singer-actress Adibah Noor, as judges.

The show will be held at Wisma MBSA, Shah Alam and the other teams include Syamel Fodzly and Ernie Zakri, Awi Rafael and Kaka Azraff, Ila Damia Johar and Yasin Sulaiman, Haiza and Aepul, and Firman Bansir and Ayai. Datuk AC Mizal is the host.

The winning team will take home RM100,000 and the runner-ups will receive RM50,000. On top of that, every week, the Best Performing Team will win RM5,000 and RM1,000 Go Shop vouchers.

 

Comments Off : more...

Duo Star Realiti Terbaru Astro-8 Pasangan Penyanyi Akan Berentap

by oya on Mar.09, 2017, under News

Duo Star Realiti Terbaru Astro-8 Pasangan Penyanyi Akan Berentap

Seramai lapan pasangan penyanyi profesional bakal berentap untuk mendapatkan RM100,000 dan merangkul gelaran Juara menerusi musim pertama program realiti terbaru terbitan Astro, Duo Star.

Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad,  Duo Star adalah merupakan pertandingan nyanyian berbeza yang pernah diterbitkan oleh Astro sebelum ini kerana ianya menyaksikan pertembungan sengit antara penyanyi profesional secara duet.

“Program ini akan memperlihatkan para peserta akan berpadu suara dalam mencari keserasian sebagai pasangan duet bagi membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing untuk bergelar juara.”Cabaran untuk  menyanyikan lagu duet bukan satu perkara yang mudah kerana keserasian pasangan adalah amat penting dalam mencari keserasian vokal agar lagu yang dipilih dapat dipersembahkan dengan baik.

“Atas dasar itu kami memberi kelonggaran kepada para peserta untuk memilih pasangan duet masing-masing,” katanya kepada Astro Gempak.

Seramai lapan pasangan bintang duo yang bakal berentap untuk musim pertama program Duo Star tersebut adalah Syamel & Ernie Zakri, Haiza & Epul Drama Band, Asfan & Aweera, Ronnie Hussein & Sarah Fazny, Awi Rafael & Kaka Azraff, Harris Baba & Ning Baizura, Ila Damiaa & Yasin dan Firman & Ayai.

Program Duo Star bakal bersiaran mulai 25 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam. Yang menggantikan rancangan paling popular Gegar Vaganza.

Para peserta akan di adili sepenuhnya oleh juri profesional yang bertanggungjawab untuk menilai persembahan mereka , mereka adalah  penyanyi Datuk Hattan, pengarah muzik Datuk Acis dan Adibah Noor.

Manakala Datuk AC Mizal pula akan menggalas tanggungjawab sebagai hos bagi program Duo Star.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 manakala naib juara pula wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Apa yang lebih menarik lagi, setiap minggu pasangan duo terbaik akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 tajaan Aurawhite dan baucar Go Shop bernilai RM1,000.

Mesti gemapk dan best gilew nanti Duo Star nih, gandingan duet penyanyi hebat bakal menggegar setiap ahad nanti.. tidak sabar nak tengok, jangn lupa menonton.

original article

 

Comments Off : more...